6 Aturan Cinta...(^-^)

 

1. JANGAN BONGKAR HAL-HAL PERIBADINYA

- Gembira apabila dapat berkongsi cerita bersama-sama. Sedikit sebanyak kamu sudah mengetahui apa yang dia suka,yang di bencinya,hobi dan pekerjaan. Sebaliknya,si dia pun merasakan hal yang sama. Kamu juga jangan terlalu cepat membuat kesimpulan bahawa si dia cuba menyembunyikan sesuatu kerana mungkin si dia masih belum bersedia untuk memberitahu kamu. Apabila tiba waktunya pasti si dia akan memberitahu segala-galanya.

2. KAWAL PERBUALAN

- Setiap orang pasti mahu dikatakan sebagai orang yang cerdas dan bijak. Tetapi perlu di ingat, jangan terlalu memaksa diri untuk menjadi seperti itu. Kamu seharusnya mengawal setiap percakapan yang keluar dari mulut kamu. Jangan bercakap perkara yang kamu tidak yakin kerana ia akan menjerat diri sendiri. Sebagai contoh pastikan diri kamu boleh menyebut nama-nama Jean Paul Gaultier,Louis Vitton atau Moschino dengan lancar. Kalau tidak, kamu hanya akan menjadi bahan untuk diketawakan.

3. JANGAN BERCAKAP LUCAH


- Bergurau-senda menjadi hal paling menggembirakan setiap kali bertemu. Tetapi,perlu diingat jangan sehingga percakapan dan gurau senda itu tergelincir ke arah seks. Kecualilah jika kamu memang berniat untuk menggodanya. Namun, jika kamu ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius dan berpanjangan,hindarilah daripada membicarakan soal seks di peringkat awal hubungan. Si dia mungkin akan memandang kamu sebagai seorang yang kurang bermoral. Berhati-hatilah setiap kali memulakan perbualan jangan mudah terpancing sehingga kamu benar-benar mengenalinya. 

4. JANGAN TERLALU AKRAB

- Lazimnya, hubungan dua orang akan berjalan dengan lancar apabila kedua-duanya mengenali diri masing-masing dengan sedalam-dalamnya. Buat dua insan yang telah menjalinkan hubungan yang lama,makan di pinggan yang sama atau membelikan barang yang bersifat peribadi itu adalah hal yang wajar. Tetapi untuk di peringkat awal, jangan lakukan itu. Jika tidak, si dia akan memberi penilaian yang buruk pada kamu kerana terlalu mudah memberi.

5. JANGAN TERLALU SERIUS

- Pertanyaan 'Sesuai ke dia jadi kekasih aku?'selalu muncul di tahap-tahap awal hubungan. Nasihat terbaik jangan fikirkan itu ketika kamu baru mengenalinya. Jika dia kekasih terbaik, tidak perlu waktu yang lama untuk mengetahuinya. Tapi, untuk peringkat awal ini, jadilah teman yang baik kamu tidak akan bertemu jawapan di awal hubungan. Jadi, tidak perlu terburu-buru,nikmati hari-hari yang kamu lalui bersama si dia dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. 

6. JANGAN TERLALU SERING MENELEFON

- Deringan telefon pada larut malam sememangnya boleh menjadi penghibur ketika dilanda kebosanan. Namun begitu janganlah keterlaluan sehingga setiap masa kamu mahu si dia menemanimu. Ada kalanya si dia mungkin tidak suka diganggu kerana mahu menumpukan pada kerja yang dilakukannya. Kamu perlulah memahami hak 'privacy'nya jangan sehingga si dia mula bosan dengan sikap kamu. 

0 comments:

Tentang blog ini...

Memaparkan kisah sepanjang hidupku di dunia ini...
Mencari konklusi disebalik kesibukan kota...
Mencari cinta yang sejati, cewahhh!
Mencari sahabat yg memahami diriku...
Mengenal kebenaran & palsu...

Tentangku...

My photo
Friendly, kind but sometimes become cruel.Depend on mood. Gila Vavie haha...

Chatbox...


ShoutMix chat widget

Followers