4 Fasa kawal H1N1 di musim raya...

Kementerian Kesihatan menggariskan 4 fasa yang perlu
diambil kira semasa menyambut mana-mana perayaan,
bagi mengelak penularan wabak Influenza A (H1N1) dalam negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata
ia merangkumi langkah-langkah pencegahan yang perlu
diambil dalam empat tempoh fasa iaitu:
1) semasa sebelum balik kampung,
2) semasa dalam perjalanan,
3) semasa berada di kampung
4) selepas kembali dari kampung.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu panik atau
terlalu bimbang sehingga tidak tahu apa yang hendak
dilakukan bagi mengelak jangkitan virus itu ketika
hendak menyambut sesuatu perayaan.

"Jika semua pihak dapat mengambil langkah-langkah
pencegahan, maka wabak ini dapat dikawal dengan lebih baik,"

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini,
Liow sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya
terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi
mengelakkan wabak H1N1 ini menular.

Liow seterusnya meminta orang ramai sentiasa
melayari laman web Kementerian Kesihatan
untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai wabak H1N1
serta langkah kawalan dan pencegahan yang disyorkan
dari semasa ke semasa.

"Walaupun di Hari Raya,
senang-senang layarilah laman web kementerian,
tengok apa cadangan dan syor yang ada, dan ikutlah
syor-syor kementerian. Saya harap semua akan ikut nasihat
yang diberikan kementerian," katanya.

Laman webnya: http://h1n1.moh.gov.my/BerhariRayaTanpaH1N1.php

Dalam pada itu walaupun pada musim perayaan,
orang ramai diingatkan supaya tidak memandang ringan
tahap kesihatan mereka khususnya kepada yang menunjukkan
simptom-simptom dijangkiti wabak H1N1.

"Jangan pandang ringan jika terasa sakit,
dan jangan hanya bertahan tidak berbuat apa-apa.
Jika sakit cepat jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.
Jangan hanya kerana Hari Raya, ramai ambil mudah," kata Liow.

---

Moga ianya menjadi panduan berguna buat Anda.



P.s - Berhari raya dengan ceria, jaga kesihatan,
jangan pula kita berduka di hari yang gembira nanti...

0 comments:

Tentang blog ini...

Memaparkan kisah sepanjang hidupku di dunia ini...
Mencari konklusi disebalik kesibukan kota...
Mencari cinta yang sejati, cewahhh!
Mencari sahabat yg memahami diriku...
Mengenal kebenaran & palsu...

Tentangku...

My photo
Friendly, kind but sometimes become cruel.Depend on mood. Gila Vavie haha...

Chatbox...


ShoutMix chat widget

Followers