Penderitaanku

penderitaan hidup dn nk kongsi ngan korg
Penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran- seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah.
Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan. Jika hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan.
Banyak di antara yang kalian menderita adalah pilihan kalian sendiri - ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara.

MeniLAi sHahBAT

Salam Semua,
Menilai kawan or what ever you thing Ngan kekawan,wAng ringgit dan haRta beenda x de Value@nilai !!!... But nilailah apa yanG ada pada dRi seseorang itu yang dia dah buAT
untuk diri kTa dan keadaan sekelilingnya.Penghargaan x semestinya dia
harapkan.Biarlah keadaan yAng yang menilainya.

PeRsAbATaN aTAu PeRcInTaAn...

BiLa SaHabaT KaTa SUKALaughing,
X sEmEsTiNya Dia CINTA..
iNi kERaNa, aNda TEMAN yG LaYaK d SuKa.
BiLa tEMaN CEMBURU,
TidAK sEmEsTinYa diA CINTA....
iNi kERaNa, aNda TEMAN yG HEBAT BiLa mEnJaLiNkaN PERSAHABATAN....
biLa saHaBaT KaTakaN RINDU,tiDaK sEmEstiNya diA CINTA,
iNi KeRaNa,diA RINDU Pada TEMAN sEBaiK aNda..
MaKNaNya,saYa BeRHaK KaTa Saya SUKA paDa aWaK,
cEmBuRu BiLa aWaK kEtEpiKaN saYa,
RINDU biLa aWaK Lupa PaDa sAya..


GlEr AnIMaSi...

la cgu tiada dlm klas :
Bila cgu panggil :
Bila kena hadiri kokurikulum :
Bila waktu rehat :
Bila dapat omwprk dari cgu :
Bila tengah cari idea untuk wat krgn :
Bila omwork yang cgu bagi susah nak buat :
Bila otak jam... :
Bila mber banyak songeh dan berlagak pandai :
Bila mber tukar fikiran saat akhir :
Bila cgu suruh stdy lebih masa :
Cgu suruh datang skola waktu cuti ada tuisyen 'urgent' :
Bila dah terbuat silap pada omwork yang cgu bagi :
Bila omwork disiapkan dengan jayanya :
Bila omwork gagal :
Bila dapat CUTI : HAPPENING!!!

Hari TeRiStiMeWa...



 




25 & 27 September merupakan hari paling best bagiku...
25 birthday adik aq..
27, pham2 la...huhu
Akhirnya cukup jugak umur aq huhu...
Bleh wat mcm2...
hahhhhaaaa

PerTemUan yG x DisaNgKa...

Smpai sja aQ di umah...
aQ bertemu sahabat lmaku yg sekian lama X kutemu...
sumeny dh berjaya ke menara gading...walaupun aQ x dpt smpai ke situ...
namun, ku turut tumpang gembira melihat sahabatku berjaya...
betapa gumbiranya hatiku...mcm2 karenah yg kujumpa..huhu..
biasala...dh lme x jumpa..ngee...

KonVoi RaYeR Ex ClaSs 5 SCiEnCe 2 ...





Bemula dgn repair moto kwnku....dr kul 9 smpai kul 11pg..
Rmai gak la kwn2 lme.. byk perubahan yg berlaku EXCEPT...
Farah ngan Aini... x brubah langsung, still camtu jerr...huhu...
First raya kt umah cikgu dlu...lpas tu bru lpak umah kwn...
X lrat nx mkan tpi besh glerr...maklumlah lme x jumpe...
Ttpi, x besh sbb x sume ade..haiya...

KeMalanGan yG x DiSeNgAjAkan...

Hari first dh raye, ada juga mslh...
hurm...spatutnya dipagi raya suma org bergembira, 
ttpi, xdak bagiku...kesedihan, runsing...Ahhhh!
Lgi malang, tyar motor kwnku pancit ditengah jalan...penat tolak dowh...
1 KM pun x larat....
Tension aq...

Malam Raye...




 




Mlm rayaku di umah tuk je...
Rmai siot relatives aq huhu...
X sbar sbar nx maen mercun huhu...
Smpai terlpas umah org...
hehee...


SeDey WOo...

Thun nie aq x dpt blik kampung utk beraye...
Tiket dh abis....
Haiya camne nie...nampaknye terpaksa aq beraya di sini sahaja...
Ape2 pun aq ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya
         Maaf Zahir & Batin

gElaBaH...



Haiya,
tggl beberapa ari lgi nx raye....
byk buat keje...
lesu...penat...tension..suma ada...
ape aq nx wat pun x tahu....
Gila Vavie btul!
tggl 2 hari lagi sblm Hri Raye...huhu...
X sbar nx raye..(^-^)
hahahahhhaaa...

Salam Aidilfiitri 2009

 
 
 
 
Salam
Aidilfitri '09
Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..
 
Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahasa,

TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam 'TER' lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^
 
WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...
MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA  aDa TiKaNyA
MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI
TeRsaLaH MeNDuGa.
SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..
 
Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN”
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
 
Raya tahun ni REZEKI melimpah2..
jadi terima lah duit raya dari ku..
Jangn membazir lak..
cukup rasanya sampai raya tahun depan ni..heheheee..

4 Fasa kawal H1N1 di musim raya...

Kementerian Kesihatan menggariskan 4 fasa yang perlu
diambil kira semasa menyambut mana-mana perayaan,
bagi mengelak penularan wabak Influenza A (H1N1) dalam negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata
ia merangkumi langkah-langkah pencegahan yang perlu
diambil dalam empat tempoh fasa iaitu:
1) semasa sebelum balik kampung,
2) semasa dalam perjalanan,
3) semasa berada di kampung
4) selepas kembali dari kampung.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu panik atau
terlalu bimbang sehingga tidak tahu apa yang hendak
dilakukan bagi mengelak jangkitan virus itu ketika
hendak menyambut sesuatu perayaan.

"Jika semua pihak dapat mengambil langkah-langkah
pencegahan, maka wabak ini dapat dikawal dengan lebih baik,"

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini,
Liow sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya
terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi
mengelakkan wabak H1N1 ini menular.

Liow seterusnya meminta orang ramai sentiasa
melayari laman web Kementerian Kesihatan
untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai wabak H1N1
serta langkah kawalan dan pencegahan yang disyorkan
dari semasa ke semasa.

"Walaupun di Hari Raya,
senang-senang layarilah laman web kementerian,
tengok apa cadangan dan syor yang ada, dan ikutlah
syor-syor kementerian. Saya harap semua akan ikut nasihat
yang diberikan kementerian," katanya.

Laman webnya: http://h1n1.moh.gov.my/BerhariRayaTanpaH1N1.php

Dalam pada itu walaupun pada musim perayaan,
orang ramai diingatkan supaya tidak memandang ringan
tahap kesihatan mereka khususnya kepada yang menunjukkan
simptom-simptom dijangkiti wabak H1N1.

"Jangan pandang ringan jika terasa sakit,
dan jangan hanya bertahan tidak berbuat apa-apa.
Jika sakit cepat jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.
Jangan hanya kerana Hari Raya, ramai ambil mudah," kata Liow.

---

Moga ianya menjadi panduan berguna buat Anda.



P.s - Berhari raya dengan ceria, jaga kesihatan,
jangan pula kita berduka di hari yang gembira nanti...

6 Aturan Cinta...(^-^)

 

1. JANGAN BONGKAR HAL-HAL PERIBADINYA

- Gembira apabila dapat berkongsi cerita bersama-sama. Sedikit sebanyak kamu sudah mengetahui apa yang dia suka,yang di bencinya,hobi dan pekerjaan. Sebaliknya,si dia pun merasakan hal yang sama. Kamu juga jangan terlalu cepat membuat kesimpulan bahawa si dia cuba menyembunyikan sesuatu kerana mungkin si dia masih belum bersedia untuk memberitahu kamu. Apabila tiba waktunya pasti si dia akan memberitahu segala-galanya.

2. KAWAL PERBUALAN

- Setiap orang pasti mahu dikatakan sebagai orang yang cerdas dan bijak. Tetapi perlu di ingat, jangan terlalu memaksa diri untuk menjadi seperti itu. Kamu seharusnya mengawal setiap percakapan yang keluar dari mulut kamu. Jangan bercakap perkara yang kamu tidak yakin kerana ia akan menjerat diri sendiri. Sebagai contoh pastikan diri kamu boleh menyebut nama-nama Jean Paul Gaultier,Louis Vitton atau Moschino dengan lancar. Kalau tidak, kamu hanya akan menjadi bahan untuk diketawakan.

3. JANGAN BERCAKAP LUCAH


- Bergurau-senda menjadi hal paling menggembirakan setiap kali bertemu. Tetapi,perlu diingat jangan sehingga percakapan dan gurau senda itu tergelincir ke arah seks. Kecualilah jika kamu memang berniat untuk menggodanya. Namun, jika kamu ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius dan berpanjangan,hindarilah daripada membicarakan soal seks di peringkat awal hubungan. Si dia mungkin akan memandang kamu sebagai seorang yang kurang bermoral. Berhati-hatilah setiap kali memulakan perbualan jangan mudah terpancing sehingga kamu benar-benar mengenalinya. 

4. JANGAN TERLALU AKRAB

- Lazimnya, hubungan dua orang akan berjalan dengan lancar apabila kedua-duanya mengenali diri masing-masing dengan sedalam-dalamnya. Buat dua insan yang telah menjalinkan hubungan yang lama,makan di pinggan yang sama atau membelikan barang yang bersifat peribadi itu adalah hal yang wajar. Tetapi untuk di peringkat awal, jangan lakukan itu. Jika tidak, si dia akan memberi penilaian yang buruk pada kamu kerana terlalu mudah memberi.

5. JANGAN TERLALU SERIUS

- Pertanyaan 'Sesuai ke dia jadi kekasih aku?'selalu muncul di tahap-tahap awal hubungan. Nasihat terbaik jangan fikirkan itu ketika kamu baru mengenalinya. Jika dia kekasih terbaik, tidak perlu waktu yang lama untuk mengetahuinya. Tapi, untuk peringkat awal ini, jadilah teman yang baik kamu tidak akan bertemu jawapan di awal hubungan. Jadi, tidak perlu terburu-buru,nikmati hari-hari yang kamu lalui bersama si dia dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. 

6. JANGAN TERLALU SERING MENELEFON

- Deringan telefon pada larut malam sememangnya boleh menjadi penghibur ketika dilanda kebosanan. Namun begitu janganlah keterlaluan sehingga setiap masa kamu mahu si dia menemanimu. Ada kalanya si dia mungkin tidak suka diganggu kerana mahu menumpukan pada kerja yang dilakukannya. Kamu perlulah memahami hak 'privacy'nya jangan sehingga si dia mula bosan dengan sikap kamu. 

Ops! Kenali Dirimu...

 
Tahukah kamu,apabila mengetahui bulan kelahiran seseorang,kamu boleh mengenali peribadinya. Walaupun ia tidak seratus peratus tepat,tetapi ia boleh menjadi panduan sekiranya kamu mahu mengenali keperibadian temanmu atau si dia yang kamu minati. Bagaimanapun,jangan pula taksub mempercayainya. Tapi sekiranya ada yang tepat,mungkin ia hanya satu kebetulan sahaja. Jadi, jom semak peribadi kamu melalui bulan kelahiran bermula dari Januari hingga Disember!

JANUARI
- Buat kamu yang bernaung di bawah bulan Januari, kamu memang bercita-cita tinggi dan serius di dalam setiap perkara berkaitan dengan masa depan. Malah, kamu juga mempunyai kecenderungan untuk suka mendidik dan dididik oleh orang lain. Kamu begitu kemas,teratur dan bijak di dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan. Sifat penyayang kamu begitu tinggi, terutama terhadap kanak-kanak malahan kamu bijak mengambil hati orang lain. Apa sahaja yang kamu lakukan akan berhasil dan mendapat keuntungan. Apabila berkaitan dengan soal cinta dan persahabatan,kamu memang setia. Disiplin diri kamu juga begitu tinggi. Namun, sifat buruk kamu ialah kamu kuat cemburu, terlalu sensitif dan tidak mampu mempamerkan kasih sayang. Kamu juga mudah diserang selesema.

FEBRUARI
- Kamu memang seorang yang bijak malahan boleh dikatakan sebagai genius! Sikap kamu memang mudah menawan hati orang lain dan kamu begitu jujur serta setia dalam soal cinta dan persahabatan. Jejaka / gadis Februari memang bercita-cita tinggi dan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan impiannya. Kamu begitu berminat dengan sukan dan hiburan dan menyukai perkara yang berkaitan dengan seni. Kamu mempunyai pemerhatian yang tajam dan sukakan perkara yang realiti serta abstrak. Sikap buruk kamu ialah kamu terlalu boros dan gemar mempercayai perkara tahayul. Perasaan kamu juga begitu halus dan mudah terluka kerana terlalu sensitif. Kamu juga mudah marah dan akan menunjukkan kemarahan kepada orang lain. Kadang-kala sikap berani kamu menjadikan kamu suka memberontak jadi cuba kawal emosi kamu. 

MAC
- Wow! Kamu memang mempunyai personaliti yang menarik dan mampu menawan hati sesiapa sahaja. Kamu juga mudah didampingi dan sangat peka dengan orang lain. Secara semula jadinya kamu memang sangat baik,jujur dan pemurah. Kebaikan kamu ialah kamu tahu mengenang budi dan membalas budi orang lain. Kalau kamu mahu tahu, jejaka atau gadis yang bernaung di bawah bulan Mac mempunyai bakat seni dalam bidang muzik. Kamu juga suka dengan hiasan rumah dan gemar melancong. Kamu memang manja orangnya dan sukakan belaian. Kerjaya yang sesuai dengan kamu ialah memberi khidmat kepada orang lain. Kamu juga mudah mengawal kemarahan dan sangat amanah, kerana itu kamu disukai oleh ramai orang. Sikap buruk kamu ialah suka berangan-angan dan cepat moody. Kamu juga pernah berdendam sekiranya tidak mampu dikawal. Jangan kelam kabut sangat di dalam memilih pasangan kerana cinta akan datang juga,sabar....

APRIL
- Jejaka atau gadis April memang aktif dan dinamik. Mereka selalunya menarik dan bijak memanjakan diri. Kamu juga suka diberi perhatian dan mempunyai daya mental yang sangat kuat. Kamu memang suka dengan cabaran, bersifat pengasih,penyayang,kamu sering menjadi tempat mengadu masalah dan berkebolehan menyelesaikan masalah teman-teman kamu. Kamu percaya dengan gerak hati dan mempunyai kemahiran memotivasikan orang lain selain boleh mendorong diri sendiri. Wow! Kamu juga bijak memujuk. Kamu terlalu berani dan tidak mempunyai sifat penakut. Sikap buruk kamu ialah kamu sangat cemburu dan sering kelam kabut di dalam membuat keputusan. Kamu juga cenderung mempunyai sifat dendam dan sering mempunyai penyakit di bahagian kepala dan dada. Emosi kamu juga mudah terusik dan selepas ini kamu perlu bijak mengawal emosi diri.  

MEI
- Kamu memang mempunyai daya firasat yang tinggi dan bijak mentafsir hati orang lain tanpa di beritahu. Kamu juga mempunyai pemikiran yang tajam dan pandai berdebat. Jejaka atau gadis yang bernaung di bawah bulan Mei memang rajin dan bersemangat tinggi. Pendirian kamu juga tetap dan tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain. Kalau orang kata kamu cantik, kamu ini begitu cantik mental dan fizikal. Sikap kamu yang menarik ialah kamu pandai mengambil hati dan menawan perasaan orang lain. Semangat kamu kuat dan bermotivasi tinggi. Sikap buruk kamu ialah kamu agak boros dan mempunyai daya khayalan yang tinggi. Kamu juga mudah melenting dan emosi sering tidak terkawal. Serta keras hati dan degil. Sekiranya kamu marah atau kecil hati,kamu mudah dipujuk. Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit dan kamu suka berangan.

JUN
- Kamu memang berwawasan dan berfikiran jauh. Mudah mendekati kamu kerana kamu mempunyai sikap baik dan lemah lembut. Kamu memang mempunyai idea yang banyak di dalam kepala dan otak kamu sentiasa aktif di dalam memberikan pendapat yang bernas. Jejaka atau gadis Jun ini begitu pandai bergurau dan berkawan. Awas! Mereka suka bercakap dan berdebat. Orangnya pun sangat tertib dan teratur. Hobinya pula suka berkemas dan sukakan kedamaian. Sikap buruk kamu ialah kamu mudah kecil hati,sensitif dan lambat sembuh apabila hati terluka. Kamu juga terlalu degil dan bersikap suka menangguhkan kerja. Kamu juga sukar melakukan sesuatu dengan segera dan mudah berasa bosan. Kamu juga terlalu memilih dan cerewet. Mudahnya kamu untuk kena selesema, makan vitamin C banyak-banyak ya....

JULAI
- Kamu memang perahsia orangnya. Jejaka Julai memang misteri orangnya namun penaung di bawah bulan ini memang seronok untuk didekati. Kamu tidak menyusahkan orang lain tetapi tidak kisah sekiranya orang lain menyusahkan kamu. Kamu sangat mementingkan perasaan orang lain dan berjiwa sentimental. Sikap ambil berat dan penyayang kamu ini menjadikan kamu sentiasa disenangi oleh orang sekeliling. Kamu memang rajin dan sangat peramah. Kamu tidak pandai mengasingkan pergaulan kamu dan melayan setiap orang dengan saksama. Sikap buruk kamu ialah kamu mudah emosi dan lambat sembuh hati sekiranya terluka. Kamu juga suka mendiamkan diri walaupun perkara itu tidak kamu senangi. Awas! Kamu mudah gemuk sekiranya tidak mengawal diet dan kamu begitu mudah mendapat penyakit dalam perut.

OGOS
- Kelakar kamu ini,memang sikapmu suka berjenaka. Orang sekeliling akan mudah tertawan dengan kamu kerana kamu begitu mengambil berat dan sopan santun. Kamu bersikap tegas dan mempunyai sifat kepimpinan. Kamu juga mempunyai harga diri yang sangat tinggi dan terlalu berani. Kamu begitu romantik, pengasih dan penyayang,sikap kamu yang suka mencari kawan juga menjadikan bulatan teman-teman kamu makin lama makin besar. Fikiran kamu juga cekap dan amat berbakat dalam seni lukis,hiburan dan ilmu silat. Sikap buruk kamu ialah kamu terlalu ego dan mudah marah. Sering kelam kabut dan sangat cemburu. Kamu juga mudah marah apabila cakapmu di bangkang dan mudah merajuk. Kamu harus belajar untuk lebih tenang dan menerima kritikan dengan matang.

SEPTEMBER
- Kamu memang tergolong dalam golongan yang bijak. Kamu mudah belajar dan suka mencari maklumat baru. Kamu amat bersistematik dalam soal kerja dan mudah memahami orang lain. Kamu bijak menyimpan rahsia dan setiap kerja yang dilakukan begitu sempurna. Kamu cool,sangat baik dan mudah simpati dengan orang lain. Sikap baik kamu ialah sangat cermat,teliti dan teratur. Kamu juga sangat prihatin, amanah,setia dan jujur. Kamu amat pendiam tetapi apabila sekali bercakap memang banyak! Sikap buruk kamu ialah kamu terlalu memilih pasangan dan teman,kamu kuat mengkritik orang lain dan senang nampak kesilapan orang lain. Sangat sensitif dan mudah memendam rasa. Hati kamu mudah terlalu kerana kerap memendam perasaan. Kamu adalah orang yang banyak berfikir dan kerana itu kamu sering nampak bermasalah.

OKTOBER
- Penaung Oktober ini memang suka berkawan. Kamu mempunyai kecantikan luar dan dalam,sangat menawan dan sopan santun. Kamu juga mempunyai sifat pengasih,penyayang dan lemah lembut. Di dalam percintaan, kamu adalah kekasih yang romantik. Pura-pura dan berbohong bukanlah cara kamu dan kamu mudah simpati dan begitu mementingkan kawan. Kamu akan suka dengan orang yang sayang kepada mu dan memang kamu suka bersembang. Kamu suka dengan kegiatan luar dan begitu mudah mengambil berat tentang orang lain. Sikap buruk kamu ialah emosi yang kelam kabut,boros dan mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Kamu seperti mementingkan diri sendiri dan hanya menolong sekiranya di minta. Kamu juga mudah marah dan tidak gemar menerima pandangan orang lain. Kamu juga mudah patah semangat apabila berhadapan dengan kegagalan.

NOVEMBER
- Ahah! Penaung November ini memang bijak mencungkil rahsia,mencari dan menyimpan rahsia. Memang bagus kalau bekerja sebagai wartawan. Kamu mempunyai personaliti yang dinamik,berfikiran unik dan bijak. Juga penuh dengan idea baru yang luar biasa. Kamu sentiasa berfikiran ke hadapan,berani, pemurah,setia dan sabar. Kamu memang mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi dan begitu mudah menyayangi orang lain. Tidak mudah marah kecuali apabila di gugat dan sering berusaha mencapai kejayaan. Untuk jejaka November,kamu pasti mempunyai badan yang tegap dan amat romantik dalam percintaan. Sikap buruk kamu ialah tidak menghargai pujian dan gagal mengawal emosi. Kamu juga terlalu degil dan keras hati dan perangai sering berubah-ubah.

DISEMBER
- Kamu memang sangat pemurah dan setia dengan percintaan dan persahabatan. Kamu begitu patriotik dan sangat aktif di dalam permainan dan pergaulan. Sikap pura-pura memang tiada dalam kamus hidupmu dan kamu sering berfikiran logik. Amanah dan jujur adalah sikap terpuji kamu dan sering sukakan tanggungjawab yang di berikan kepada mu. Suka bergaul dengan orang lain dan suka berjenaka. Kamu juga tidak ego walaupun sudah berada di puncak kejayaan. Sikap buruk kamu ialah perangai yang mudah berubah, cepat marah,kurang sabar dan tergesa-gesa. Benci pada kongkongan sangat suka di puji dan di belai selalu.

Antara Cinta & Kawan...

 
Pada suatu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Didalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia......

Hari Raya nk dkat!!!





Perghh!!!
Naik tensen aq, mcm2 kena wat,
Kena kemas rumah bla...bla...bla...
Itu la, ini la...Cam org gaji plak. hek3
X sabar hadapi raye nie...Yahoooo!!!!
Nx duit raye, robot, keta Oit!, lbih2 plak..
Nx jumpa sahabat & kwn2 lama...
Rindunyer....
huhu...

Kenangan 4 & 5 Science 2...

“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”
Duhai Teman Duhai Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah [...]

Mandi kt Bukit Ayer, Perlis










Syok glerr mse mandi kt sane...
Siap ada yg mengigil lagi...huhu...
Mase tk rmai org....
leh wat projek...

tk dak la... saje lwak...

Konvoi ke Baling, Kedah




Best glerr mse overnight ngan diorang.....huhu..
Mcm2 terjadi mse kt sane ngan sambut birthday kwn aq 'Man'...
Pelbagai karenah & cabaranku tempuhi dlm mengahadapi situasi sebegini...
Aq x kisah pun....

Tentang blog ini...

Memaparkan kisah sepanjang hidupku di dunia ini...
Mencari konklusi disebalik kesibukan kota...
Mencari cinta yang sejati, cewahhh!
Mencari sahabat yg memahami diriku...
Mengenal kebenaran & palsu...

Tentangku...

My photo
Friendly, kind but sometimes become cruel.Depend on mood. Gila Vavie haha...

Chatbox...


ShoutMix chat widget

Followers